Guru matematik seharusnya peka terhadap kesilapan yang mungkin berlaku di kalangan pelajar di dalam memahami konsep sebenar isipadu. Kebanyakan pelajar yang memasuki alam persekolahan sudah pun mempunyai konsep yang melibatkan ukuran panjang atau tinggi. Tetapi begitu sedikit pelajar yang mempunyai pengetahuan asas tentang isipadu. Pelajar sering kali melakukan kesilapan apabila berdepan dengan topik ini.
KESALAHAN-KESALAHAN DALAM MEMBUAT PENGUKURAN ISIPADU CECAIR
Berikut ialah beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh pelajar :
1. Pelajar terdorong untuk mentafsir isipadu cecair berdasarkan kepada saiz bekas .
2. Pelajar yang masih baru selalunya membuat perbandingan ukuran tinggi atau panjang bekas,berbanding dengan isi kandungan sebenar.
LANGKAH- LANGKAH MEMPERKEMBANGKAN KONSEP ISIPADU
1. Mengenalpasti kedudukan asal isipadu cecair
2. Terus membuat perbandingan isipadu cecair
3. Tidak membuat perbandingan isipadu cecair melalui rujukan.
4. Mengenalpasti benda yang digunakan untuk menggunakan unit bukan
standard untuk mengukur isipadu cecair.
5. Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran tidak standard
6. Memperkenalkan ukuran standard untuk isipadu cecair
7. Mengukur isipadu cecair mengamalkan ukuran standard dalam liter.
BAHAN BANTU MENGAJAR
Pelajar diperkenalkan dengan bahan yang akan digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mendedahkan pelajar kepada konsep isipadu cecair.
Rajah 1
Bahan bantu mengajar 1 : Bekas yang berlainan saiz digunakan untuk menyukat isipadu cecair
Rajah 2
Bahan bantu mengajar 2 : Penggunaan bekas bagi menyukat isipadu dalam aktiviti harian
Aktiviti Pengajaran dan Pengajaran 1
Kelas : 2 Musytari
Masa : 60 minit
Murid Sasaran : Murid pencapaian rendah
Hasil Pembelajaran : Murid mampu untuk membuat perbandingan isipadu cecair melalui perbandingan secara langsung.
Pengetahuan Sedia ada : Pelajar sudah pun pengetahuan tentang sedikit dan banyak, tinggi dan rendah.
Bahan Bantu Mengajar : Tiga bekas yang berlainan saiz dan ketinggian
Langkah -Langkah Pengajaran :
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dibekalkan dengan tiga bekas yang berlainan saiz.
2. Setiap kumpulan diberi 250 ml air.
3. Pelajar diarahkan supaya memasukkan air ke dalam setiap bekas dan menandakan paras air pada setiap bekas tersebut. Ulangi untuk bekas yang seterusnya.
4. Pelajar diminta untuk memerhati perbezaan ketinggian paras air pada setiap bekas.
5. Setiap kumpulan diminta memberi pendapat masing - masing berhubung dengan isipadu cecair.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 2
Kelas : 2 Marikh
Masa : 60 Minit
Hasil Pembelajaran : Murid mampu untuk membuat perbandingan isipadu cecair melalui perbandingan secara langsung dan diperkenalkan dengan unit standard
Pengetahuan Sedia ada : Pelajar sudah pun mempunyai pengetahuan tentang sedikit dan banyak, tinggi dan rendah, besar dan kecil.
Bahan Bantu Mengajar : Dua bekas minuman yang berlainan saiz dan ketinggian .
Langkah -Langkah Pengajaran :
1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan
2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 600 ml air dan dua bekas minuman
yang sama (berlainan saiz dan dilabekan dengan ukuran ml).
3. Setiap kumpulan diarahkan supaya memasukkan air ke dalam bekas minuman yang dibekalkan mengikut ukuran yang ditetapkan ( 250 ml,450 ml,600 ml).
4. Setiap kumpulan diminta supaya memberikan setiap bacaan yang diarahkan dan diminta supaya memberi pandangan masing-masing berhubung dengan ketinggian dan kuantiti sebenar isipadu air.
2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 600 ml air dan dua bekas minuman
yang sama (berlainan saiz dan dilabekan dengan ukuran ml).
3. Setiap kumpulan diarahkan supaya memasukkan air ke dalam bekas minuman yang dibekalkan mengikut ukuran yang ditetapkan ( 250 ml,450 ml,600 ml).
4. Setiap kumpulan diminta supaya memberikan setiap bacaan yang diarahkan dan diminta supaya memberi pandangan masing-masing berhubung dengan ketinggian dan kuantiti sebenar isipadu air.